Wednesday, 26 August 2015

马塞华小77校庆

WAKTU OPERASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

WAKTU OPERASI 

WAKTU PERSEKOLAHAN

0800 PAGI -  1250 PETANG

1300 PETANG -  1630 PETANG



CUTI SEKOLAH /MINGGU UJIAN


REHAT

SEJARAH SEKOLAH SJK ( C ) MASAI

SJKC  Masai telah ditubuhkan pada tahun 1936  di Jalan besar Masai dan merupakan sekolah tertua di Masai. Pada mulanya ia dikenali sebagai SRJKC Hwa Heng. Namanya ditukarkan kepada SRJKC Masai  pada tahun 1953 selepas berpindah ke alamat sekarang.

Sejarah Pembangunan Sekolah
Bangunan Pertama

Tahun 1953 -  Penubuhan bangunan pertama yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan 7 buah asrama guru.

Tahun 1958    –    Lagu sekolah Masai diciptakan.

Tahun 1968    –    Kutipan derma untuk pembangunan bilik darjah baru bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat.



Tahun 1969    -    3 buah bilik darjah baru mula digunakan.

Tahun 1972    -    Kantin pertama telah didirikan.

Tahun 1974    -    Bilik ping pong telah didirikan. (Sekarang menjadi bilik KH)

Tahun 1978    -    Bilik muzik didirikan (sekarang dirobohkan menjadi bangunan 4 tingkat)

Tahun 1979    -    Bilik pejabat yang baru telah didirikan

Tahun 1983    -    Sebatang jalan berturap yang menuju ke kawasan sekolah telah dibina. Dua tandas                                baru juga dibina pada tahun yang sama.

Tahun 1984    -    kawasan berturap bertambah lagi meliputi kawasan pondok tempat menunggu untuk kegunaan murid pada musim hujan. Pada 8hb Oktober, pasukan pancaragam sekolah telah ditubuhkan. Segala alatan dan uniform disumbangkan oleh orang ramai dan guru-guru.

Tahun 1986    -    Upacara meletakkan batu asas bagi memulakan bangunan tambahan
bertingkat tiga.

Tahun 1987    -    Pada awal bulan Oktober, bangunan tambahan bertingkat tiga telah siap. Ia mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan bilik sumber. YB. Ahli Parlimen Kawasan Pasir Gudang dan Ahli Dewan Undangan Negeri telah memperuntukkan wang sebanyak RM3 ribu bagi melengkapkan perpustakaan sekolah.

Tahun 1989    -    Sebuah bilik computer baru telah dibinakan atas dermaan orang ramai.
                                               
Tahun 1990    -    Bilik guru sesi pagi dan petang telah dibinakan. Ia dinamakan bilik
                         guru pertama dan kedua. Projek Pembinaan sebuah dewan besar
                         dirancangkan. Penerimaan bantuan modal daripada PIBG sekolah
                         dan dermaan orang ramai.

Tahun 1991    -    Sebuah bilik muzik dan kantin telah dibinakan. Bilik muzik telah
                         menjadi bilik guru yang ketiga untuk menampung bilangan guru
                         yang semakin meningkat.

Tahun 1992    -    Dewan besar dirasmikan, dan dinamakan “Yao Kun Tang”.

Tahun 1995    -    Pembinaan bilik darjah empat tingkat untuk menampung bilangan
                         murid yang semakin meningkat.

Tahun 1998    -    Bilik darjah empat tingkat dirasmikan oleh Timbalan Menteri
                         Pendidikan.

Tahun 2001    -    Pihak sekolah menambahkan sebanyak 12 buah tandas untuk
                         kegunaan murid dan guru yang semakin meningkat.

Tahun 2002    -    Pihak PIBG telah menganjurkan Karnival Jualan Amal untuk tabung
                         kebajikan sekolah.
                    -    Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar SRJKC MASAI untuk memberi
                         peluang kepada bekas pelajar memberi sumbangan kepada sekolah.

Tahun 2003    -    Penganjuran majlis amal di dewan SJKC Masai, tajaan Tiger Sdn
                         Bhd, Sin Chew Daily & China Daily untuk mengumpul modal bagi
                         pembinaan satu lagi bilik darjah empat tingkat untuk menyelesaikan
                         masalah ketidakcukupan bilik darjah.

Tahun 2004    -    Bilik darjah empat tingkat baru telah dirasmikan.


Tahun 2005    -    Penyediaan infrastruktur ICT di sekolah untuk kegunaan pengajaran
                         ICT dan meringankan beban pengurusan hal-ehwal, pentadbiran dan
                         penyediaan P&P.

Tahun 2010    -    Pembinaan bangunan pentadbiran baru yang bertingkat empat
                         menggantikan bilik-bilik guru yang telah usang dan sempit. Bangunan
                         pentadbiran ini terdiri daripada pejabat pentadbiran, bilik guru sesi
                         pagi dan petang.

Terkini          -    Sekolah SJKC Masai terdiri daripada  100  orang guru dan 2022
                         orang murid.